Cara Bayar Aeon Guna Maybank

Pada masa ini, pelbagai jenis kad kredit banyak digunakan oleh rakyat Malaysia. Antara kad kredit yang mendapat permintaan tinggi atau yang terbaik di Malaysia ialah kad kredit AEON.

Penggunaan kad kredit AEON amat sesuai untuk banyak pihak kerana permohonan kad kredit ini sangat mudah. Pengguna kad kredit AEON berpeluang mendapat pelbagai promosi menarik. Di samping itu, banyak kelebihan yang terdapat pada kad kredit AEON kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai keperluan pembayaran.

Jika anda sudah memiliki kad kredit dan akaun Maybank2u, penting untuk mengetahui bagaimana untuk membuat pembayaran AEON credit melalui Maybank2u.

Cara Bayar Kad Kredit AEON Melalui Maybank2U

Berikut adalah langkah-langkah untuk membayar kad kredit AEON melalui Maybank2U:

  1. Buka laman web rasmi Maybank2u di https://www.maybank2u.com.my/
  2. Sila masukkan Username akaun anda dan klik login
  3. Sahkan Security Phrase. Klik Yes.
  4. Kemudian, masukkan Password anda
  5. Setelah log masuk, klik pada Pay & Transfer
  6. Seterusnya, klik pada Pay To dan pilih “AEON Credit Service (M) Bhd”
  7. Isikan jumlah yang ingin dibayar, nombor agreement atau kad kredit dan nombor telefon anda, kemudian tekan butang “Bayar”
  8. Sila periksa semula maklumat transfer Anda
  9. Lakukan pengesahan TAC melalui SMS atau Secure2U, kemudian klik butang “Confirm’
  10. Selesai

Semak Tunggakan Bayaran Aeon Kredit Melalui SMS

Sebelum anda membuat bayaran kepada Aeon Kredit, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap tunggakan bayaran sebelum membuat bayaran kepada Aeon Kredit. Anda boleh menggunakan perkhidmatan SMS untuk memeriksa baki kredit AEON dan juga tunggakan yang sedia ada.

Langkah-langkah berikut perlu diikuti untuk membuat semakan tunggakan AEON melalui SMS:

  1. Masuk ke dalam Messaging anda dan buka mesej baru
  2. Sila taip AEON. Sebagai contoh : AEONKeyword (4-digit terakhir No. IC)
  3. Kemudian hantar ke 63633

Anda boleh tengok contoh seperti di bawah:

  • Status Permohonan : AEON CCSTS 8587*
  • Baki Tunggakan : AEON CCBAL 8587*
  • Amaun Bayaran Minima : AEON CCMIN 8587*
  • Limit Yang Ada : AEON CCAVA 8587*
  • Untuk Mengaktifkan kad : AEON CCACT 8587**1095*

8587* = 4 digit terakhir no IC anda
1095** – 4 digi terakhir no kad kredit

Melakukan pembayaran AEON melalui Maybank2u atau ATM dianggap sebagai langkah yang mudah dan selamat, kerana ianya membantu dalam proses pembayaran dan juga menjimatkan masa.

Leave a Comment