Kematian yang melibatkan kanak-kanak dan bayi di Malaysia mencapai angka yang sangat tinggi. Bagi mengelakkan kecederaan parah atau malah kematian, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan penggunaan wajib car seat bayi bagi melindungi keselamatan bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan. Semua ibu bapa di seluruh negara diberi pengetahuan dan kesedaran mengenai langkah ini. Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa bayi dan kanak-kanak dilindungi dengan baik semasa dalam perjalanan.
Apa Itu Car Seat
Kerusi keselamatan kanak-kanak juga dikenali sebagai Child Restraint System (CRS), adalah merupakan kerusi yang direka khas untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selamat di dalam kenderaan. Fungsinya adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan yang serius kepada kanak-kanak ketika berlaku kemalangan jalan raya, asalkan kerusi tersebut dipasang dengan betul.
Fakta Car Seat Wajib
Untuk makluman anda, antara fakta-fakta penggunaan car seat ini adalah seperti yang dikongsikan di bawah.
- Kerajaan tidak menetapkan had umur mahupun berat untuk anak-anak anda memakai car seat.
- Tapi kerajaan menggunakan ketinggian anak-anak anda sebagai panduan untuk menentukan penggunaan car seat semasa mereka dalam perjalanan di jalan raya. Jika anak-anak anda memiliki ketinggian kurang dari 135cm, sama ada mereka bayi, budak darjah, atau darjah 5, mereka diwajibkan untuk menggunakan car seat.
- Car seat hendaklah diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta seperti yang ditetapkan
- Pemilihan dan pembelian car seat perlu disesuaikan dengan ketinggian dan berat anak-anak anda.
- Car seat yang anda akan beli mesti ada cop kelulusaan ECER44/04 atau ECE R129 bersama-sama dengan label QR MIROS & MYCRS.
Jenis Car Seat Yang Dibenarkan
Berikut adalah beberapa jenis car seat yang dibenarkan oleh kerajaan. Anda boleh semak gambar-gambar yang dikongsikan di bawah ini.
1. Kategori umur bayi sehingga 18 bulan
2. Kategori umur kanak kanak satu tahun setengah sehingga 4 tahun
3. Kategori umur kanak kanak sehingga 7 tahun
4. Kategori untuk yang mempunyai ketinggian sehingga 135cm dan berat antara 25kg hingga 36kg