Dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Desember 2022 (Sesi Pagi). Pelbagai perkara dibincangkan semasa dalam pembentangan tersebut.
Antara perkara yang mendapat perhatian adalah Bantuan Tunai Rakyat (BTR). BTR akan dibayar kepada penerima pada tahun hadapan iaitu bulan Januari 2023. Sepatutnya ianya dibayar pada Mac, namun ianya dipercepatkan bagi membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup.
Apa Itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR)?
BTR adalah bantuan yang menggantikan bantuan sebelum ini seperti BSH, BPR, dan BKM. Ianya bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh DS Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima dengan jumlah bayaran kesemuanya sebanyak RM2 bilion.
Berapakah Bayaran BTR fasa 1 2023?
Jumlah pembayaran BTR fasa 1 adalah sebanyak RM300 buat isi keluarga manakala RM100 bagi kategori bujang.
Cara Semakan BTR
Cara semakan BTR dengan melayari portal rasmi yang disedikan oleh LHDN pada pautan https://btr.hasil.gov.my . Masukkan maklumat nombor kad pengenalan dan juga kata laluan anda untuk login.
Sebarang maklumat dan kemaskini BTR akan kami kongsikan pada artikel ini. Jangan lupa untuk follow kami di telegram.