Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan adalah bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
Dengan adanya pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Manfaat Diperoleh
Murid yang layak memperolehi skim biasiswa ini akan memperoleh manfaat-manfaat seperti berikut :
- Menerima biasiswa tahunan
- Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
- Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.
Tarikh Permohonan
Bagi tarikh permohonan skim biasiswa pelajaran ini, telah dibuka pada 21 Mac sehingga 15 April 2022.
Syarat Permohonan Biasiswa Pelajaran Baitulmal
Antara syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah :
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Negeri Perak
- Murid adalah anak kepada ketua keluarga atau penjaga daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.
- Permohonan hanya untuk murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan tahun 2022.
- Pencapaian murid mestilah memperolehi 6A (Tahap 6) dalam penialaian Akhir Tahun 2021.
Cara Mohon Permohonan Biasiswa Pelajaran Baitulmal
- Muat turun borang permohonan yang disediakan = https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf?fbclid=IwAR0A_Y7Gy2IJc_InNoOTHPLq7OfxMDa1vjeFvv4llM3V55Do3zwRtqdhXl0
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap
- Pastikan semua maklumat diisi
- Sediakan dokumen yang diperlukan
- Hantar borang permohonan ke alamat berikut :
Unit Pembangunan Pendidikan,
Bahagian Agihan Zakat Aras 1,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa ini adaah :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salina Kad Pengenalan ibu bapa.
- Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu bapa.
- Salinan keputusan akhir tahun 2021 yang telah disahkan pihak sekolah.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Biasiswa Pelajaran Baitulmal , sila hubungi nombor talian 019-5711 383 (Unit pendidikan, MAIPk).
Soalan Lazim
Bolehkah murid Tingkatan 3 memohon Permohonan Biasiswa ini ?
Tidak. Permohonan biasiswa ini hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 sesi persekolahan 2022.
Bilakah tarikh tutup permohonan biasiswa ini ?
Tarikh tutup permohonan pada 15 April 2022.
Apakah manfaat diperolehi sekiranya layak mendapat skim biasiswa ini ?
Antara manfaat-manfaat berikut adalah :
1. Menerima biasiswa tahunan.
2. berpeluang mengikuti tuisyen tajaan.
3. Berpeluang