Perhatian kepada golongan ibu tunggal di Malaysia, kini anda boleh mula membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan khas.
Bantuan yang diberi nama Bantuan Khas Ibu Tunggal ini dibuka mulai hari ini sehingga 31 Oktober 2020.
Bantuan kewangan sebanyak RM300 diberikan kepada mereka yang layak dan ianya secara one-off.
Oleh itu, kami menggesa sesiap yang masih belum berdaftar sebagi ibu tunggal , silakan daftarkan diri anda di Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Hal Ehwal Wanita berdekatan anda.
Bantuan khas ini merupakan salah satu daripada inisiatif dari Program Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.