Ramai yang keliru berkenaan pengeluaran akaun 2 melalui i-lestari.
Buat yang tidak tahu, ilestari adalah saluran khas yang dibangunkan oleh pihak KWSP untuk memudahkan para pencarum membuat permohonan pengeluaran akaun 2 kwsp.
Namun, ramai yang bertanya adakah perlu membuat permohonan setiap bulan?
Perkara ini telah dinyatakan dalam laman rasmi KWSP iaitu, permohonan cuma perlu dibuat sekali sahaja.
Manakala tarikh tutup permohonan i-lestari pula ada pada 31 mac 2021.
Selepas membuat permohonan, anda boleh membuat semakan i-lestari online 2 hari selepas menghantar borang online.
Semoga kekeliruan yang dialami ini terurai. Dan anda tidak perlu lagi untuk membuat permohonan setiap bulan. Ini kerana hanya sekali sahaja permohonan diperlukan.
Pengeluaran akan dilakukan secar automatik selagi masih ada wang di dalam akaun 2 anda. Dan ianya dilakukan sehingga tahun 2021 pada bulan april.