Bantuan Awal Persekolahan 2023: Jumlah Bantuan dan Tarikh Bayaran

Peruntukan bajet 2023 turut memberi perhatian kepada golongan murid sekolah di Malaysia.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan bantuan berbentuk kewangan yang diberikan kepada semua murid sekolah yang layak.

BAP mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ketika itu bayaran BAP adalah sebanyak RM100 untuk setiap murid.

Baca: Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Kini Bantuan Awal Persekolahan telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM150.

Pada tahun 2023 ini, BAP akan memberi manfaat kepada lebih 450 juta murid di Malaysia.

Sebagai contoh jika ibu bapa mempunyai 3 orang anak, BAP yang diterima adalah sebanyak RM450.

Syarat Bantuan Awal Persekolahan

Sebelum ini kerajaan menetapkan syarat murid yang layak menerima Bantuan Awal Persekolaha. Kini ianya akan diberikan kepada semua pelajar/ murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa mereka.

Jom ikuti kami di channel telegram t.me/portalsemakandotcom untuk info mengenai bantuan yang akan datang.

Kaedah Pembayaran BAP

Bayaran BAP dibayar secara sekaligus (one-off) kepada ibu bapa/ penjaga murid-murid.

Semoga dengan pemberian wang BAP ini, dapatlah ianya mengurangkan beban ibu bapa di dalam menguruskan urusan persekolahan anak-anak nanti.

Tarikh Bayaran BAP

Ianya dijangka akan diagihkan pada pertengahan bulan Januari 2023. Ianya sama seperti tahun sebelum ini.

Leave a Comment