Seperti yang telah diumumkan di dalam belanjawan negara, penjawat awam akan diberikan bantuan khas berjumlah RM600.
Antara kumpulan penjawat awam yang menerimaRM600 ini adalah pegawai Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serte mereka yang berada di bawah kumpulan Pelaksana gred 56 ke bawah.
Tidak dilupakan juga, bantuan ini turut diberikan kepada pesara kerajaan serta veteran yang tidak berpencen.
Sebanyak RM300 diberikan kepada pesara kerajaan.
Untuk maklumat anda semua, tarikh pembayaran bantuan ini akan mula dibuat pada 25 Januari 2021.
Diharapkan agar bantuan ini dapat meringkan beban para penjawata awam serta golongan pencen di Malaysia ini.
Selain bantuan RM600 ini, dijangkakan juga pembayaran pertama i-Sinar akan dilaksanakan bermula pada 11 Januari 2021.