Bantuan RM200-RM2500 Buat Murid dan Pelajar IPT di Selangor

Negeri Selangor antara negeri yang menyediakan bantuan pendidikan kepada anak Selangor yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga bantuan Pendidikan buat uirid yang berada di Sekolah Menengah dan Rendah.

Permohonan dibuat secara online pada laman web rasmi zakat Selangor.

Jumlah Sumbangan Kepada Penerima

Penerima pelajar IPT

Sumbangan adalah sebanyak RM700 bagi pelajar dalam negara manakala RM1000-RM2500 bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Sumbangan ini adalah diberikan dibawah peruntukan asnaf fisabilillah.

Tarikh permohonan: 3 Oktober 2022 – 3 Disember 2022.

Penerima murid sekolah rendah dan menengah

Kadar sumbangan adalah mengikut ketetapan berikut:

  • pra Sekolah/Tadika : RM200
  • Sekolah Rendah Kebangsaan: RM200
  • Sekolah Rendah Agama: RM200
  • Sekolah Menengah: RM200

Cara Membuat Permohonan

Layari laman web https://spzas.zakatselangor.com.my/

Masukkan nombor kadpengenalan baru anda dan ikut langkah seterusnya untuk membuat permohonan.

1. Apakah itu Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS)?

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara bagi golongan pendapatan pertengahan dan bawah (M40 & B40) yang memenuhi syarat kelayakan.

2. Bagaimanakah cara hendak memohon SPZAS ini?

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web LZS di spzas.zakatselangor.com.my dan seterusnya ikuti langkah-langkah permohonan. Dokumen fizikal permohonan tidak perlu diajukan kepada LZS.

3. Berapa lamakah tempoh permohonan SPZAS dibuka?

Sumbangan ini akan diluluskan kepada permohonan yang menepati syarat bergantung kepada peruntukan sumbangan sedia ada. Permohonan dibuka bermula 3 Oktober 2022 jam 12.01 am dan akan tamat pada 3 Disember 2022 jam 11.59 pm. Bagaimanapun permohonan akan ditutup sekiranya telah mencapai had peruntukan yang ditetapkan iaitu RM6,000,000 bagi SPZAS IPT dalam negara dan RM1,000,000 bagi SPZAS IPT luar negara.

Leave a Comment