Permohonan Bantuan Orang Tua / Warga Emas 2022 . Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalm membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan dari segi kewangan.
Bagi warga emas yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan, mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM500, yang mana bantuan ini sebelumnya adalah RM350 dan dinaikan kepada RM350.
Kriteria Kelayakan Bantuan Orang Tua / Warga Emas 2022
Hanya warga emas atau orang tua yang memenuhi kriteria kelayakan berikut akan dipertimbangkan setelah permohonan dibuat :
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan.
- Warga emas yang bukan tinggal dibawah institusi kendalian JKM/Pusat Jagaan.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Cara Permohonan Bantuan Orang Tua / Warga Emas 2022
Permohonan bantuan ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan bagi penilaian untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon tersebut.
Bagi memudahkan lagi urusan, anda boleh memuat turun borang dibawah, lepas tu cetak, isi maklumat yang diminta dan bawa bersama ke kaunter.
- Borang permohonan Bantuan = https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2018%20BORANG%20PERMOHONAN%20BANTUAN.pdf
- Borang Kaji Semula Bantuan = https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN.pdf
Dokumen Sokongan
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salina penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk info mengenai Bantuan Orang Tua / Warga Emas atau bantuan-bantuan lain, sila layari laman web rasmi JKM di https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php .
Soalan Lazim
Berapakah umur yang layak untuk memohon bantuan warga emas ini ?
Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.
Berapakah jumlah bantuan warga emas 2022 ?
RM500.