Bantuan Latihan Perantis (BLP) akan diberikan kepada penerima sejumlah RM200 bagi setiap individu yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pembayaran akan dilakukan sekali sebulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab dalam mengendalikan bantuan ini.
Jika anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, anda berpeluang untuk memohon bantuan ini. Caranya adalah dengan mengisi borang permohonan dan kemudian menghantarnya bersama dokumen yang diperlukan ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah tempat anda tinggal.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai bantuan latihan perantis kepada anda. Semoga bermanfaat.
Apa Itu BPL?
Program Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah satu inisiatif yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak, dan golongan miskin yang menghadapi kesukaran. Matlamat program ini adalah untuk memberikan latihan kemahiran dan pengetahuan kepada mereka yang memerlukan, dengan tujuan meningkatkan kualiti hidup dan peluang pekerjaan. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu tentang kewujudan program ini atau bagaimana untuk membuat permohonan.
BLP merupakan jenis bantuan yang bertujuan untuk membantu individu yang tergolong dalam klien JKM atau anak-anak penerima bantuan JKM yang telah terlepas dari sistem pendidikan dan tidak memiliki pekerjaan (menganggur), dan juga mereka yang sebelum ini telah menjalani latihan dan pernah berada di institusi kebajikan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi program BLP:
- Warganegara Malaysia
- Merupakan seorang anak-anak penerima bantuan atau merupakan bekas pelatih/bekas penghuni institusi kebajikan
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat
- Kes-kes seliaan akhlakÂ
Cara Permohonan
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan bagi Bantuan Latihan Perantis ini. Pastikan anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti:
- Salinan kad pengenalan diri
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga
- Salinan penyata gaji jika ada
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh diajukan terus di pejabat-pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah/jajahan atau bahagian di seluruh negara.
Anda boleh memuat turun borang permohonan DI SINI