Untuk murid yang berkelayakan, berita baik untuk anda. Ada satu lagi bantuan kewangan yang akan diteruskan di tahun 2023 iaitu Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Sebagai tanda prihatin terhadap kesejahteraan rakyat, kerajaan telah melancarkan inisiatif Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2023) yang ditujukan kepada pelajar. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 bernilai RM150 bagi setiap seorang murid atau pelajar akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk diagihkan kepada 3.2 juta pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima, Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) seluruh negeri.
Tujuan utama Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga dalam membeli peralatan sekolah dan memenuhi keperluan persekolahan bagi anak-anak mereka terutama sekali bagi ibubapa yang mempunyai anak yang ramai.
Dalam Bajet 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibubapa.
Kadar Bantuan
Pembayaran one-off sebanyak RM150 kepada semua murid yang memasuki Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2023/2024 tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.
Tarikh Pengagihan Bantuan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 (Khamis) dan seterusnya diagihkan kepada murid atau dikreditkan ke dalam akaun secara berperingkat sejurus peruntukan diterima oleh pihak sekolah. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar menerima bantuan pada awal tahun persekolahan untuk membeli peralatan dan keperluan sekolah yang diperlukan.
Syarat Dan kelayakan (BAP)
Antara syarat-syarat dan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah seperti berikut :
- Murid warganegara Malaysia:
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2023/2024
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney.
Perlu diingatkan murid-murid yang akan mendapat bantuan RM150, sekiranya bantuan tersebut tidak cukup anda boleh ajukan kepada sekolah masing-masing.