Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, sekarang anda boleh mendaftar haji dengan lebih mudah melalui atas talian menggunakan portal Thijari yang telah diperkenalkan oleh Tabung Haji. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter untuk mendaftar. Hal ini juga dapat menjimatkan masa anda.
Anda pasti ingin tahu bagaimana cara untuk mendaftar haji melalui portal Thijari, bukan? Jadi, di sini kami akan berkongsi cara mudah untuk mendaftar hanya melalui online menggunakan akaun THiJARI.
Apa Itu THiJARI
THiJARI merupakan satu aplikasi yang memberikan maklumat mengenai Tabung Haji. Selain itu, THiJARI juga berfungsi sebagai portal atas talian yang memaparkan berita terkini dan kemas kini tentang musim haji. Bukan itu sahaja, pengguna juga diberi kemudahan untuk mengemaskini urusan akaun pendeposit seperti pindahan wang, pendaftaran, dan semakan keahlian Kelab TaHa melalui aplikasi ini.
Syarat Daftar Haji
Sebelum mendaftar haji, penting untuk memeriksa syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Berikut adalah syarat-syarat yang perlu diambil kira sebelum mendaftar:
- Anda perlu memastikan akaun Tabung Haji mempunyai baki minimum sebanyak RM1,300.00 sebelum mendaftar.
- Anda tidak pernah menunaikan fardhu haji sebelum ini
- Semasa mendaftar haji di kaunter-kaunter Tabung Haji, anda perlu membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad. Bagi yang berumur 12 tahun ke bawah, mereka juga perlu membawa Sijil Kelahiran semasa pendaftaran.
Cara Buka Akaun Dan Daftar Akaun Haji Untuk Anak Online
Untuk membuka akaun dan mendaftar haji untuk anak, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah ibu bapa perlu mendaftar akaun Thijari terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Layari laman web THiJARI di https://www.thijari.com.my/
- Klik menu Pembukaan Akaun Kanak-kanak.
- Sila lengkapkan maklumat anak yang diperlukan
- Setelah anda selesai mendaftar, sila pergi ke kaunter Tabung Haji untuk mengaktifkan akaun anak dalam tempoh 30 hari
- Pastikan anda membawa dokumen seperti berikut:
- satu salinan dan original surat beranak anak
- satu salinan dan original IC ibu dan ayah
- Wang untuk daftar Haji RM1300.00