Mendekati bulan Ramadan yang akan segera tiba, mungkin ada di kalangan kita yang masih belum habis ganti puasa Ramadan yang lepas. Jadi bagi sesiapa yang belum mengganti puasa yang ditinggalkan atau yang terbatal pada ramadhan sebelumnya segera la untuk mengganti puasa tersebut. Jika tidak sempat untuk diganti sebelum puasa Ramadan tahun ini, maka harus membayar fidyah.
Bagaimana melakukan puasa ganti. Dalam artikel ini, kami akan bincangkan cara untuk melakukan puasa ganti atau Qada’ puasa yang mudah untuk difahami.
Apa Itu Puasa Ganti ?
Puasa ganti (Qadha) adalah menggantikan puasa wajib yang telah ditinggalkan sama ada disengajakan mahupun tidak tanpa keuzuran. Puasa yang ditinggalkan wajib digantikan sebanyak hari yang ditinggalkan.
Niat Puasa Ganti
Berikut adalah panduan bagi anda yang akan melakukan puasa ganti (Qadha) dalam bahasa Arab dan rumi berserta maksudnya.
Hukum Ganti Puasa
Hukum mengganti puasa ramadhan adalah wajib. Tidak kiralah sama ada membantalkan puasanya kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.
Waktu Berniat Puasa Qadha
Waktu berniat puasa ganti ini adalah sama dengan waktu puasa Ramadhan iaitu pada waktu malam dan berakhir ketika masuk Subuh. Jika niat puasa ganti dilakukan setelah Subuh, maka tidak sah puasa ganti itu.
Waktu Ganti Puasa Ramadan
Jika seseorang itu mengetahui bahawa puasa wajib mereka selama bulan Ramadan tidak lengkap, maka mereka harus berusaha untuk melakukan puasa ganti sesuai dengan tuntutan agama.
Anda dapat mengganti puasa yang tertinggal pada bila-bila masa sahaja selepas bulan Ramadan hingga sebelum bulan Ramadan berikutnya, kecuali pada hari-hari yang dilarang untuk berpuasa, seperti Hari Raya Pertama Aidilfitri dan Aidiladha.
Walau bagaimanapun, umat Islam sebaiknya segera mengganti puasa yang tertinggal karena ini adalah salah satu ibadah yang wajib dilaksanakan dan perlu untuk dilakukan dengan segera.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Dan dapat membantu anda untuk melakukakan puasa ganti dengan lebih lancar.