Aplikasi MARAeps. Untuk makluman, MARAeps adalah perkhidmatan atas talian yang telah disediakan oleh MARA sebagai gerbang bayaran utama kepada semua pelanggan MARA.
Tujuan aplikasi MARAeps ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.
Oleh itu, ibu bapa / penjaga adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini untuk membayar yuran MRSM anak mereka tanpa perlu hadir ke sekolah.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Selain dari pembayaran yuran pengajian MRSM, perkhidmatan lain juga ditawarkan menerusi aplikasi ini, antaranya adalah :
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan pelajaran
- Pembayaran Akaun pinjaman/pembiayaan perniagaan
- Pembayaran Kursus/Program berkala MARA
- Pembayaran Yuran Pengajian TVET dan IPMA
- Pembayaran Rumah Rehat MARA
- Pembayaran Caruman dan lain-lain fasiliti MARA
Cara Bayaran
Terdapat dua kaedah bayaran yang digunakan di dalam aplikasi ini iaitu:
- Bayaran atas talian menerusi bank-bank tempatan (FPX)
- Bayaran kad kredit menerusi E-mandate atau (DDA)
Cara Membuat Pembayaran Di Aplikasi MARAeps
cara untuk membuat pembayaran yuran pengajian MRSM, sila ikut langkah-langkah berikut :
- layari laman web = https://bayar.maraeps.my/login atau anda boleh muat turun aplikasi menerusi GooglePlay/Applestore.
- Klik bahagian “Daftar Baharu”.
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
- Log masuk dengan memasukkan “Usename dan Kata Laluan”.
- Klik bahagian “Yuran dan Fi”.
- Klik “MRSM” dan masukkan nombor kad pengenalan pelajar.
- Pilik MRSM pelajar, jenis pembayaran, dan tingkatan serta klik “Teruskan”.
- Pilih “FPX” dan pilih bank serta klik “Teruskan”
- Daftar masuk perbankan internet dan buat pembayaran.
- Cetak dan simpan resit pembayaran tersebut.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut menegani aplikasi MARAeps ini boleh dibuat menerusi email ke alamat = infomaraeps@mara.gov.my.
Soalan Lazim
Apakah tujuan aplikasi MaRAeps ini diwujudkan ?
Aplikasi ini diwujudkan adalah untuk menerima bayaran yuran/pinjaman/pembiayaan pelajaran/perniagaan, caruman, sewa dan fasiliti lain yang ditawarkan oleh MARA.