Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sebelum ini ditangguhkan akan dilakukan pada 1 Januari 2023.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menyatakan bahawa walaupun pihak industri meminta untuk memanjangkan tempoh penangguhan, tetapi penting juga untuk melaksanakan akta tersebut.
Antara pindaan yang dilakukan termasuk pengurangan tempoh waktu bekerja dari 48 jam menjadi 45 jam seminggu, penambahan cuti bersalin dari 60 hari menjadi 98 hari, peningkatan cuti paterniti dari tiga hari menjadi tujuh hari, serta larangan diskriminasi dalam pekerjaan.
Apakah Akta Kerja 1995 Pindaan 2022 ?
Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini telah diperkenalkan dengan tujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberikan fleksibiliti dalam tempoh bekerja. Pelaksanaan ini sepatutnya dilakukan pada 1 September yang lalu.
Tujuan pindaan ini adalah untuk meningkatkan dan memperbaiki perlindungan dan kebajikan pekerja. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan keselarasan undang-undang perburuhan di Malaysia dengan standard antarabangsa.
Akta ini meliputi semua pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia, termasuk juga Wilayah Persekutuan Labuan.
Pindaan Utama Dalam Akta Kerja Pindaan 2022
Antara kandungan pindaan dalam akta tersebut adalah seperti berikut:
1. Waktu bekerja dari 48 jam kepada 45 jam seminggu
- Sebelum ini, bilangan maksimum waktu kerja mingguan pekerja di Malaysia adalah 48 jam, tetapi mulai 1 Januari 2023 waktu kerja maksimum seminggu telah dikurangkan kepada 45 jam.
2. Penambahan cuti bersalin dari 60 hari menjadi 98 hari
Kelayakan Cuti Bersalin telah ditingkatkan dari 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tanpa mengira tangga gaji atau status perkahwinan mereka, layak untuk menerima Cuti Bersalin selama 98 hari serta Elaun Bersalin selama 98 hari.
3. Cuti sakit dan hospitalisasi yang lebih baik
- Sebelum pindaan dilakukan pada Akta Kerja 1955, cuti sakit dan cuti hospitalisasi dikombinasikan dan jumlahnya adalah 60 hari. Namun, berdasarkan pindaan Akta Kerja 1955, cuti sakit (MC) akan dipisahkan daripada cuti hospitalisasi. Ini bermaksud bahawa kelayakan cuti sakit berbayar akan diperuntukkan sebanyak 14, 18, atau 22 hari, sementara kelayakan cuti hospitalisasi akan diberikan selama 60 hari.
4. Cuti paternitiĀ 7 hari
- Cuti paterniti hanya terhad kepada lima kelahiran sahaja tanpa mengira bilangan pasangan. Pekerja lelaki yang telah berkahwin mempunyai hak untuk menerima cuti paterniti daripada majikan mereka jika mereka telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya selama 12 bulan sebelum kelahiran anak.
5. Pembayaran upah melalui bank atau cek dan tunai
6. Aturan kerja yang fleksibel
- Akta Kerja yang telah dipinda merangkumi pengaturan kerja fleksibel yang membenarkan pekerja untuk memohon kepada majikan mereka mengenai perubahan masa kerja, hari bekerja, atau tempat kerja yang berbeza-beza untuk menyesuaikan dengan pekerjaan mereka.
7. Kelulusan awal Ketua Pengarah dalam penggajian pekerja asingĀ
8. Larangan diskriminasi dalam pekerjaan
9. Larangan buruh paksa
- Kesalahan dianggap telah dilakukan apabila pekerja diancam, ditipu, dihalang, atau dipaksa oleh mana-mana majikan. Jika majikan tersebut didapati bersalah, denda tidak melebihi RM100,000 boleh dikenakan ke atas mereka atau mereka boleh dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
10. Tempoh perantisan
- Bagi takrif kontrak perantisan, perantisan hendaklah dilakukan dalam tempoh minimum enam bulan dan maksimum 24 bulan sahaja.
11. Notis kesedaran gangguan seksual
- Notis kesedaran gangguan seksual dikehendaki dipamerkan oleh setiap majikan pada setiap masa untuk meningkatkan kesedaran dan melindungi pekerja.