Affin Bank Online : Cara Login Dan Daftar Pertama Kali

Ingin tahu cara mendaftar dan login Affin Bank online banking untuk memudahkan urusan perbankan anda secara atas talian ? Jangan risau kami telah menyediakan panduan dan langkah demi langkah dibawah ini yang dapat membantu anda.

Online banking adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Affin Bank untuk memudahkan transaksi bagi setiap pelanggannya. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda dapat menjimatkan masa dalam membuat transaksi kewangan.

Terdapat pelbagai kemudahan yang boleh anda nikmati dengan menggunakan internet banking. Antaranya semak baki akaun, print penyata akaun, transfer duit, semak kadar tukaran asing dan melakukan pelbagai jenis pembayaran.

Cara Daftar Affin Bank Online

Cara register internet banking Affin bank online boleh dilakukan dengan mudah melalui dua cara yang disediakan iaitu melalui mesin ATM atau melalui perkhidmatan pelanggan di cawangan terdekat.

Berikut adalah cara untuk mendaftar Affin Bank Online Banking anda.

Cara daftar melalui ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Affinn Bank terdekat
  2. Masukkan kad ATM dan pin anda
  3. Pada bahagian menu, pilih Transaksi Lain atau Other
  4. Pilih menu Daftar Perbankan
  5. Pilih Perbankan Internet
  6. Tekan Agree
  7. Masukkan kata nama (username) yang mahu digunakan
  8. Masukkan kata kunci (password)
  9. Selesai

Cara daftar melalui kaunter khidmat pelanggan

Jika anda mengalami sebarang masalah semasa menggunakan mesin ATM untuk mendaftar akaun perbankan internet ini, anda boleh segera pergi ke cawangan terdekat untuk mendaftar perbankan internet anda.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda lakukan.

  1. Datang ke cawangan terdekat Affin Bank
  2. Ambil nombor giliran
  3. Tunggu beratur di bahagian customer service
  4. Terangkan maksud Anda untuk proses membuat perbankan internet dengan membawa buku simpanan, kad ATM dan pengenalan diri
  5. Tunggu sehingga perkhidmatan pelanggan telah selesai membuat akaun perbankan internet Anda.
Cara login dan daftar pertama kali Affin Bank Online

Cara Aktifkan Internet Banking Affin Bank

  1. Layari laman web Affin Bank di https://rib.affinalways.com/retail/
  2. Klik pada First Time Login
  3. Masukkan segala maklumat yang dikehendaki seperti Nombor Kad, Jenis ID, Nombor ID dan Kad PIN
  4. Klik Mohon TAC
  5. Masukkan nombor TAC yang dihantar pada telefon mudah alih anda
  6. Pilih Imej Sekuriti anda
  7. Klik butang Hantar
  8. Lengkapkan Soalan & Jawapan Cabaran

Setelah selesai mendaftar, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan internet banking seperti semak baki akaun Affin Bank, bayar bil, topup kredit, dan pelbagai lagi.

Leave a Comment