Teka-teki merupakan aktiviti yang menguji kemampuan pemikiran dan dimainkan oleh orang dari semua peringkat umur sepanjang zaman. Teka-teki ialah kenyataan atau soalan yang diberikan dengan niat agar pendengar, seperti ahli keluarga, pasangan, atau rakan anda, cuba untuk menyelesaikannya.
Contents
hide
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa koleksi teka-teki lawak dan lucu kepada anda.
Jenis Teka-Teki
Terdapat dua jenis teka-teki. Antaranya adalah:
- Enigma : Ini adalah masalah yang sering kali diungkapkan dengan kata-kata kiasan atau perumpamaan, dan memerlukan kecerdasan serta pemikiran yang teliti untuk menyelesaikannya.
- Conundrum : Ini adalah pertanyaan yang bergantung pada bagaimana jawaban atau pertanyaannya mempengaruhi karakter dalam situasi tersebut.
Koleksi Teka-Teki
Di bawah ini kami kongsikan beberapa soalan dan jawapan teka-teki lawak dan lucu yang boleh anda gunakan bersama keluarga dan sahabat anda bagi memenuhi masa lapang.
Bil | Soalan | Jawapan |
1. | Ada banyak kaki padanya, tetapi bukanlah binatang. Dia melalui landasan, tetapi bukanlah kereta api.” | Zip |
2. | Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya? | Beruang |
3. | Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih? | Kuih Teow |
4. | Apa benda yang kita boleh nampak, tapi bila kita cuba pegang tidak dapat walaupun dia tidak lari? | Air |
5. | Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas? | Saterika |
6. | Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam? | Ikan sardin cap ayam |
7. | Bila masa yang anda teruskan ketika merah, pastu berhenti ketika hijau? | Ketika makan tembikai |
8. | Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa yang pandai bersilat? | Hang Tuah |
9. | Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu? | Buah Dam |
10. | Dalam banyak-banyak bom, bom apa yang tidak meletup? | Bomba |
11. | Cicak apa yang paling bahaya? | Cicak Nafas Fikirkan kau |
12. | Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya? | Beruang (Ber-wang) |
13. | Ada sungai tak ada air, ada pokok tak ada buah, ada rumah tak ada orang. Apa dia? | Peta |
14. | Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu? | Anak Mancis |
15. | Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tidak makan dan tidur? | Kuching Sarawak |
16. | Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa dia? | Taugeh |
17. | Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak panas. Api apa tu? | Bil Api |
18. | Apa benda yang kita boleh tengok dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri? | Teliga |
19. | Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing? | Anak Kucing |
20. | Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya? | Lampu Isyarat |